30 Disember 2011 / 4 Safar 1433
Kuliah Maghrib Ustaz Ahmad Awang (Jumaat)
Ini merupakan kali kedua ustaz hadir ke Masjid ini dimana kali pertama pada 23 Jun (20 Rejab 1432) iaitu hari Khamis malam Jumaat.
Pada kali ini isu yang dibincangkan berkaitan dengan murtad.
Saturday, December 31, 2011
Friday, December 30, 2011
Friday, December 9, 2011
Panduan Gerhana Bulan
Gerhana Bulan 10 Disember 2011 (14 Muharram 1433)
Pada 10 Disember 2011, kita akan berpeluang menyaksikan fenomena alam tentang kebesaran Allah, iaitu gerhana bulan yang dijangka bermula pada 7:31 petang.
Untuk maklumat penuh sila klik: Falak Online
Saturday, December 3, 2011
Makhluk Halus dan Gangguannya
Ustaz Hadi Talha
Kuliah Subuh (Sabtu)
7 Muharram 1433 (3.11.2011)
Jenis-jenis Sihir
Kuliah Subuh (Sabtu)
7 Muharram 1433 (3.11.2011)
Jenis-jenis Sihir
- Pada pagi ini ustaz membincangkan jenis sihir yang kedua yang dikenali sebagai at-tiwalah iaitu sihir pengasih. Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda; “Sesungguhnya jampi mentera yang menggunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.” (Hadis sahih - Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Daud dalam sunannya). *At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki.
- Contohnya, sihir yang dikenakan dengan tujuan supaya isteri bertambah kasih kepada suami atau sebaliknya. Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan suami seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan isteri. Amalan ini adalah terlarang dan pelakunya termasuk dalam golongan mereka yang melakukan amalan syirik. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan suami bertambah kasih kepada isteri tetapi boleh menyebabkan si suami menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada isteri.
- Jenis sihir yang pertama ialah sihir pemisah.
Thursday, December 1, 2011
Jadual Disember / Muharram 1433
HARI | H | KULIAH | PENCERAMAH | KITAB / TOPIK | |
1 | Khamis | 5 | Maghrib | Ust Mohd Ghhoffur | Bacaan Yasin |
2 | Jumaat | 6 | Khutbah | Ust Mohd Ghhoffur | Kepentingan Mencari Ilmu |
Maghrib | - Tiada kuliah | - | |||
3 | Sabtu | 7 | Subuh | Ust Hadi Talha | Makhluk Halus & Gangguannya |
Maghrib | Fiqul Manhaji Mazhab Shafie | ||||
4 | Ahad | 8 | Subuh | Ust Surizal Abd Rahim | Penawar bagi Hati |
8.30 | Dhuha | Ustazah Rosnah Yasis | Kuliah Dhuha Muslimat | ||
Maghrib | - Tiada kuliah | - | |||
5 | Isnin | 9 | Maghrib | *Ust Mohd | |
6 | Selasa | 10 | Maghrib | Tarbiyah Aulad Fil Islam | |
7 | Rabu | 11 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah tauhid |
8 | Khamis | 12 | Maghrib | Bacaan Yasin | - |
9 | Jumaat | 13 | Khutbah | Ust Mohd Ghhoffur | |
Maghrib | Kepentingan Wakaf dalam Islam | ||||
10 | Sabtu | 14 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Adad Sopan dalam Islam |
Maghrib | Ust Mohd Ghhoffur | Hadis 40 | |||
11 | Ahad | 15 | Subuh | Ust Imran Al Malizi | Minhajul Abidin |
9.00 | Dhuha | *ganti Ust | |||
Maghrib | - | - | |||
12 | Isnin | 16 | Maghrib | *Ust Mohd Ghhoffur | |
13 | Selasa | 17 | Maghrib | Ust Fazlul Rahimi | Bidayatul Hidayah |
14 | Rabu | 18 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Fiqh Al Manhaji Mazhab Shafie |
15 | Khamis | 19 | Maghrib | Ust M Ghhaffor Daud | Bacaan Ya'sin |
16 | Jumaat | 20 | Khutbah | Ust M Ghhoffur Daud | |
Maghrib | - | - | |||
17 | Sabtu | 21 | Subuh | Ust ImranAl-Malizi | Minhajul Abidin |
Maghrib | Ust Mohd Fadli Ismail | Tafsir Surah Juzuk 30 | |||
18 | Ahad | 22 | Subuh | Ust Ibrahim Zakaria | Umum |
Maghrib | - | ||||
19 | Isnin | 23 | Maghrib | Ust M. Rashdan Yunus | - |
20 | Selasa | 24 | Maghrib | Ust Mohd Ghhoffur | Riadhussolihin |
21 | Rabu | 25 | Maghrib | Ust Ishak Din** | Permasalahan Aqidah Tauhid |
22 | Khamis | 26 | Maghrib | Bacaan Yasin | - |
23 | Jumaat | 27 | Khutbah | Ust Fazlul Rahimi | |
Maghrib | Ust M. Razi Asror | Hidayatul Salikin | |||
24 | Sabtu | 28 | Subuh | - | - |
Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah | |||
25 | Ahad | 29 | Subuh | Ust Abu Dzar Mamat | Tafsir Al-Munir |
Maghrib | Ust Shamsul Hakim | Rahiqul Makhtum | |||
26 | Isnin | 1 | Maghrib | Ust Ahmad Subki | Tajwid Al-Qur'an |
27 | Selasa | 2 | Maghrib | Ust Shaari Che In | Munyatul Musoli |
28 | Rabu | 3 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie |
29 | Khamis | 4 | Maghrib | Ust Shukri Harun | Tafsir Surah Al Insan |
30 | Jumaat | 5 | Khutbah | Ust Nazeri Mustapha | |
Maghrib | Ust Ahmad Awang | Umum | |||
31 | Sabtu | 6 | Subuh | Ust Fauzi Abd Kader | Tafsir Assya'rawi |
10.00 | Dhuha | Ust Zakaria Ahmad | Kuliah Dhuha Umum | ||
Maghrib | Ust Hadi Talha | Makhluk Halus & Gangguannya |
* Ustaz ganti
** Ustaz Ishak Din ke Vietnam
Monday, November 21, 2011
Waktu Penyesalan
Kuliah Subuh 20.11.2011 (Sabtu)
Ustaz Ibrahim Zakaria menyampaikan pesanan ulamak berkaitan dengan waktu-waktu penyesalan.
Ustaz Ibrahim Zakaria menyampaikan pesanan ulamak berkaitan dengan waktu-waktu penyesalan.
- MENYESAL KERANA TERLEPAS MELAKUKAN KETAATAN
- MENYESAL KERANA HILANGNYA AMALAN KEBAIKAN YANG DILAKUKAN DIDUNIA Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasul s.a.w. bersabda, "Adakah kau semua tahu siapakah orang yang muflis itu?". Sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan).
- MENYESAL DIKETIKA (NAZAK) SAKARATIL MAUT "Ya Tuhanku kembalikanlah aku kedunia agar aku dapat berbuat amal saleh terhadap yang telah aku tinggalkan." [23: Al-Mukminun, 99-100]
- MENYESAL DIKETIKA SEDAR DI DALAM KUBUR Allah meneguhkan iman mereka yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan mereka yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki. [14: Ibrahim, 27]
- MENYESAL DIKETIKA DIBANGKITKAN DARI KUBUR Dan ditiuplah sangkala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka,mereka berkata, "Aduhai celakalah kami, siapakh yang membangkikan kami dari tempat tidur kami (kubur)? Inilah yang dijanjikan Allah yang Rahman dan benarlah Rasul-rasulnya." [Yasin, 51-52]
- MENYESAL DIKETIKA HISAB Dan ingatlah dihari orang zalim itu mengigit dua tangannya, lalu berkata, "Aduhai kiranya dahulu aku mengambil jalan para Rasul,

Friday, November 18, 2011
Lalai dalam Solat
KHUSYUK sebagai satu kewajipan orang mukmin dalam urusan ubudiyah terhadap Allah SWT. Tiada bahasa selain bahasa Arab yang berupaya memberi makna `khusyuk' dengan tepat, justeru terpaksa akur dengan sebutan khusyuk dalam bahasa asalnya juga.
- Dalam bahasa apa pun khusyuk mesti disebut khusyuk, kerana khusyuk dalam bahasa syar'ei adalah khusyuk dalam semua bahasa di dunia ini.
- Khusyuk keperluan bagi setiap hamba mengabdikan diri kepada Allah SWT, khususnya ketika melakukan ibadat solat.
- Khusyuk boleh diertikan sebagai beribadat dengan tenang dan merendah diri, merasa hina dina di hadapan Allah SWT. Penuh tumpuan hati serta ingatan terhadapNya.
- Orang yang khusyuk dalam solat, anggota tubuh tidak akan bergoyang di luar tuntutan kaifiyat, tangan tidak bergerak menggaru-garu atau membetulkan pakaian.
- Jika seperti itu menandakan hatinya tidak khusyuk, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika seseorang itu khusyuk, maka anggota tubuhnya turut khusyuk sama."
- Menghadirkan khusyuk dalam solat itu satu kewajipan bagi orang-orang yang beriman, kerana ketika solat ingatan mesti tertumpu kepada Allah SWT semata, sebagaimana ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati Aku." (Surah Toha ayat 14)
- Manusia diperintah supaya mendirikan solat dengan tujuan untuk mengingati Allah SWT. Apabila tidak menumpukan ingatan kepada Allah SWT, bererti solatnya tanpa tujuan.
- Solat bukan sekadar dilakukan secara zahir yang dimulai dengan Takbiratul Ihram diakhiri dengan salam serta melakukan beberapa rukun qalbi, qauli dan fi'li di dalamnya.
- Tetapi m2sti khusyuk iaitu dipenuhi dengan zikrullah (ingat Allah SWT), kerana ia wajib
- berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 itu. Khusyuk mampu dilakukan oleh manusia dengan mengikuti beberapa syarat, kerana Allah SWT tidak akan mewajibkan sesuatu syariat di luar kemampuan manusia, sebagaimana janji Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)
- Langkah pertama untuk mencapai khusyuk, mesti mengetahui makna setiap ucapan atau bacaan dalam solat.
- Khusyuk tidak mungkin tercapai jika tidak mengetahui makna dan maksud ucapan dalam solat, sebaliknya akan terjerumus ke lembah lalai.
- Padahal lalai dalam solat akan membawa padah yang buruk di akhirat kelak, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah (azab neraka) bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya." (Surah al-Maa'un ayat 4 dan 5)
- Langkah kedua untuk khusyuk dalam solat ialah; menjaga segala makan minum yang halal, serta pakaian dan tempat tinggal hanya daripada sumber yang halal.
- Allah SWT hanya reda jika hamba-Nya membataskan diri dengan makan minum yang halal dan pakaian serta tempat tinggal dari sumber yang halal.
- Makan minum yang tidak halal adalah barang busuk yang dibenci oleh Allah SWT dan malaikat-Nya.
- Tuhan akan menjauhi jika manusia diselubungi perkara yang haram, apabila Tuhan menjauh daripada manusia sebegitu maka syaitanlah yang akan mendekatinya.
- Tidak mungkin khusyuk dapat dicapai dalam situasi syaitan sebagai pendamping manusia itu, jika mereka solat pun mesti tiada zikirullah.
Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
18-21 Zulhijjah 1432(4-17 November 2011)
Tuesday, November 15, 2011
Thursday, November 10, 2011
Adab-adab berwuduk
٣ - ادب٢ بروضوء
Kuliah Maghrib : 8.11.2011 (12 Zulhijjah 1432)
Ustaz : Fazlul Rahimi Maarop
Kitab : Bidayatul Hidayah
Masuk pasal ketiga berkaitan dengan adab-adab berwuduk dan masih lagi di dalam bahagian yang pertama iaitu membicarakan adab-adab melaksanakan ketaatan.
Adab pertama: bersiwak
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
Kemudian daripda itu ustaz membicarakan hadis berkaitan dengan wuduk:
Hadis pertama:
Kuliah Maghrib : 8.11.2011 (12 Zulhijjah 1432)
Ustaz : Fazlul Rahimi Maarop
Kitab : Bidayatul Hidayah
Masuk pasal ketiga berkaitan dengan adab-adab berwuduk dan masih lagi di dalam bahagian yang pertama iaitu membicarakan adab-adab melaksanakan ketaatan.
Adab pertama: bersiwak
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak sembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kemudian daripda itu ustaz membicarakan hadis berkaitan dengan wuduk:
Hadis pertama:
- Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”
- Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
Wednesday, November 2, 2011
Jadual Kuliah November / Zulhijjah 1432
HARI | H | KULIAH | PENCERAMAH | KITAB / TOPIK | |
1 | Selasa | 5 | Maghrib | Ust Musa Baharuddin | Tarbiyah Aulad Fil Islam |
2 | Rabu | 6 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah Tauhid |
3 | Khamis | 7 | Maghrib | Ust M. Ghhoffur Daud | Adab-adab Berkurban |
4 | Jumaat | 8 | Khutbah | Ust M. Ghhoffur Daud | - |
Maghrib | Ust Ahmad Shukri Ismail | Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman | |||
5 | Sabtu | 9 | Subuh | Ust Hadi Talha | Makhluk halus & gangguannya |
Maghrib | - | Agihan kupon kurban | |||
6 | Ahad | 10 | 8:30 | Solat `Eidul-Adha | Ust Ghhoffur Daud |
Maghrib | - | - | |||
7 | Isnin | 11 | Maghrib | Ust Ziaul Haq | - tiada kuliah |
8 | Selasa | 12 | Maghrib | Ust. Fazlul Rahimi | Bidayatul Hidayah |
9 | Rabu | 13 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha** | - tiada kuliah |
10 | Khamis | 14 | Maghrib | Bacaan Ya'sin | Hj Ismail Liham |
11 | Jumaat | 15 | Khutbah | Ust Fauzi Abd Kader | |
Maghrib | Ust Imran Al Malizi | Minhajul Abidin | |||
12 | Sabtu | 16 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | - tiada kuliah |
Maghrib | Ust M. Ghhoffur Daud | - kuliah dibatalkan | |||
13 | Ahad | 17 | Subuh | Ust Musa Baharuddin | - tiada kuliah |
9.00 | Dhuha | Ust Yusof Embong | Kuliah Isu Semasa | ||
Maghrib | Ust Rashdan Yunus | - | |||
14 | Isnin | 18 | Maghrib | Ust Ahmad Subki Osman | Tajwid Al-Quran |
15 | Selasa | 19 | Maghrib | Ust M. Ghhoffur Daud | Riyadhussalihin |
16 | Rabu | 20 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah Tauhid |
17 | Khamis | 21 | Maghrib | Bacaan Ya'sin | Ust M. Ghhoffur Daud |
18 | Jumaat | 22 | Khutbah | Ust M. Ghhoffur Daud | |
Maghrib | Ust Zulkefli Shaari (ganti) | ||||
19 | Sabtu | 23 | Subuh | Ust Imran Al Malizi | Minhajul Abidin |
Maghrib | Ust M Fadli Ismail | Tafsir Surah Juzuk 30 | |||
20 | Ahad | 24 | Subuh | Ust Ibrahim Zakaria | Umum |
Maghrib | - | - | |||
21 | Isnin | 25 | Maghrib | Ust M. Rashdan Yunus | - |
22 | Selasa | 26 | Maghrib | Ust Shaari Che In | Munyatul Musolli |
23 | Rabu | 27 | Maghrib | Ust Ahmad Fahmi Nordin | -dibatalkan |
24 | Khamis | 28 | Maghrib | Bacaan Ya'sin | Ust M. Ghhoffur Daud |
25 | Jumaat | 29 | Khutbah | Ust Mohd Ghhoffur | |
Maghrib | Ust M. Razi Asror | Hidayatul Salikin | |||
26 | Sabtu | 30 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Adab Sopan dalam Islam |
Maghrib | - | - | |||
27 | Ahad | 1 | Subuh | Ust Abu Zar Mamat | Tafsir Al Munir |
Maghrib | Ust Shamsul Hakim | Rahiqul Makhtum | |||
28 | Isnin | 2 | Maghrib | Tajwid Al-Qur'an | |
29 | Selasa | 3 | Maghrib | *Ustaz ? | |
30 | Rabu | 4 | Maghrib | Tafsir Assya'arawi |
* Ust Zia Ul-Haq -
** Ust Nazeri Mustapha - menunaikan haji
Tuesday, November 1, 2011
Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Kuliah Maghrib: Ustaz Zia Ul-Haq
Isnin 31 Oktober
Kitab Mauizatul Mukminin
Pada akhir kuliah ustaz menyentuh tentang keistimewaan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah. Umumnya kita mengetahui tentang keistimewaan 10 hari terakhir di bulan Ramadhan tetapi ramai yang tidak menyedari akan keistimewaan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah.
Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.
Solat `Eidul-Adha.
Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Apakah amalan-amalan itu?
Isnin 31 Oktober
Kitab Mauizatul Mukminin
Pada akhir kuliah ustaz menyentuh tentang keistimewaan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah. Umumnya kita mengetahui tentang keistimewaan 10 hari terakhir di bulan Ramadhan tetapi ramai yang tidak menyedari akan keistimewaan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah.
Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.
Solat `Eidul-Adha.
Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Apakah amalan-amalan itu?
Monday, October 31, 2011
Talk Show: Jom U-Turn
Thursday, October 27, 2011
Guru, pelajar agama raih pahala kebajikan
- ILMU tidak datang sendiri, justeru ia mesti dipelajari dan dituntut daripada sumbernya yang sebenar. Sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Mengapa tidak pergi daripada tiap golongan di antara mereka beberapa orang mendalami ilmu pengetahuan mereka tentang agama..." (Surah At-Taubah ayat 122).
- Manusia tidak semuanya mampu tumpu sepenuh masa untuk mendalami ilmu agama. Jika demikian, usaha mesti dilakukan oleh ahli masyarakat (jemaah) untuk menghantar dan membiayai beberapa orang, melanjutkan dan mendalami ilmu agama.
- Firman Allah SWT di atas itu secara jelas menghendaki supaya segolongan ahli masyarakat pergi mempelajari clan mendalami ilmu agama. Hingga mereka mencapai tahaf 'Ahlazzikri', untuk menjadi tempat rujukan dalam masyarakat. Sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertanyalah kepada 'Ahlazzikri' jika kamu tidak mengetahui." (Surah An Nahl ayat 43)
- 'Ahlazzikri' bererti orang yang ahli dalam ilmu wahyu (al-Quran), yang sentiasa ingat kepada Allah SWT. Justeru itu ahlazzikri menjadi tempat rujukan oleh anggota masyarakat, dalam menghuraikan sesuatu kemusykilan perkara agama. Zikrullah
- Zikrullah bukan sekadar lidah mereka menyebut nama Allah SWT, tetapi ingat segala peraturan dan hukum hakam yang bersangkutan dengan agama-Nya.
- Seperti ingat pahala dan dosa, syurga dan neraka, rahmat dan ghadhab (murka)-Nya, nikmat dan azab-Nya, ingat para malaikat, para anbiya dan para rasul a.s.
- Orang yang sebenar-benar ingat kepada Allah SWT, ialah mereka yang sentiasa memelihara syariat serta hukum hakam halal dan haram, sah dan batal sesuatu amal ibadah berasaskan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.
- Merekalah `Zakir liLlah' (orang yang sentiasa ingat Allah SWT), meskipun ketika lidahnya tidak menyebut sebarang lafaz Jalallah.
- Seseorang yang sentiasa ingat hukum halal haram dan lain-lain lagi, menjadi bukti bahawa dihati mereka sentiasa tersemat ingatan terhadap Allah SWT (al-Quran). Kedua-dua ayat di atas jadi dalil dan hujah kepada manusia supaya mempelajari ilmu al¬Quran.
- Selepas dalil berdasarkan firman Allah SWT, diikuti pula dengan hadis (sunnah) Rasulullah s.a.w. Kerana Nabi s.a.w. adalah manusia pertama yang mampu dengan tepat mentafsirkan al-Quran.
- Justeru Nabi s.a.w. memperkatakan keutamaan menuntut ilmu pengetahuan, kerana baginda yang mengetahui betapa pentingnya ilmu wahyu itu, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Barang siapa menempuh satu jalan (dengan tujuan) untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah SWT akan melorongkan baginya jalan ke syurga."
- Kepada orang yang menempuh perjalanan menuntut ilmu pengetahuan, yang mendekatkan diri dengan Allah Azza wa Jalla, akan diberi balasan oleh Allah SWT dengan dipimpin menuju syurga.
- Jika seseorang pergi ke sesuatu destinasi, terpaksa bertanya dengan orang yang biasa pergi ke tempat tersebut. Apatah lagi perjalanan untuk ke syurga, pasti bertanya dengan orang yang tahu mengenainya.
- Allah SWT menghantar Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia, menunjuk peta bagaimana jalannya untuk menuju ke syurga.
- Satu cara untuk mendapat pimpinan bagi menuju ke syurga ialah seperti yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w.; ialah berusaha menempuh jalan menuntut ilmu pengetahuan, khususnya ilmu tentang bagaimana cara mendampingkan diri dengan Allah SWT.
- Jika Tuhan Yang Mencipta syurga, berjanji hendak memimpin seseorang dan menunjukkan jalan ke syurga, maka alangkah bertuahnya orang itu, iaitu orang yang sentiasa berusaha menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu
- Menuntut ilmu dengan cara bagaimana sekalipun, sama ada dengan cara menghadap tok guru dengan cara membaca kitab atau buku. Yang penting ikhtiar untuk mendapatkan ilmu mesti dilakukan, ibarat orang yang meneroka jalan menuju ke syurga.
- Bagi sesetengah orang amat sukar untuk mendapat ilmu, meskipun telah berusaha belajar dengan tekun. Namun janji Nabi s.a.w. ialah mengenai ikhtiar yang dilakukan oleh seseorang dalam usahanya untuk mendapat ilmu, maka usahanya itu tetap bernilai di sisi Allah SWT.
- Sabda Nabi s.a.w. lagi yang berkaitan dengan keutamaan menuntut ilmu, yang bermaksud: "Andai kata kamu berangkat untuk mempelajari satu bab daripada ilmu pengetahuan (yang membolehkan kamu mengenali Allah SWT), adalah lebih utama daripada kamu melakukan solat sunat 100 rakaat."
- Melakukan solat sunat l00 rakaat hingga tertinggal menutut ilmu pengetahuan, l00 rakaat itu tidak dapat mengatasi nilai menuntut ilmuwahyu, walau hanya satu bab daripada ilmu agama.
- Seratus rakaat solat sunat itu belum tentu diterima oleh Allah SWT sebagai amal yang baik, dua rakaat yang dilakukan setelah menguasai ilmu pengetahuan, sudah pasti lebih baik dari 1000 rakaat tanpa ilmu pengetahuan.
- Ini menunjukkan kelebihan menuntut ilmu pengetahuan, ibadat mesti berasaskan ilmu. ibadat tanpa ilmu tiada nilai di sisi Allah SWT.
- Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang Muslim."
- Abu Darda r.a. ketika mengulas hadis nabi S.A.W. itu berkata: "Orang alim (tok guru) dan orang yang menuntut ilmu pengetahuan itu adalah dua insan yang berkongsi dalam kebajikan. Kehidupan orang yang selain daripda kedua-duanya (tidak mengajar dan tidak belajar) adalah sia-sia belaka."
Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
FIKRAH • 19 - 22 ZULKAEDAH 1432 / 17 - 20 OKTOBER 2011
Sunday, October 23, 2011
Pembinaan pejabat dan kedai
Pembinaan bagi menyiapkan satu blok yang mengandungi dua unit, satu unit sebagai pejabat masjid dan sebuah unit lagi untuk kedai serbaguna (di bawah koperasi masjid). Ia dibina bersebelahan bilik wudhu wanita.
Friday, October 21, 2011
Kuliah Maghrib Ust Farhan Suhut
Ahad 16-10-2011 (18 Dzulkaedah 1432)
Kitab AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH hasil susunan YM Tuan Haji Said Ibrahim, mantan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
Sebelum memulakan kuliah ustaz membawa satu kisah bagaimana seorang askar Korea dengan hanya melihat orang Islam sembahyang, membuatkan diri nya teruja dengan pergerakan solat dan mempraktikannya dan ternyata membuatkan ketenangan terhadapnya dan terus masuk Islam. Maklumat lanjut boleh dibaca di Greenboc , Forum Putra Mahkota dan China daily. (Berita ini telah pernah di "post" di Internet pada 20 Jun 2004 dengan tajuk "Ahead of Iraq Deployment, 37 Korean Troops Convert to Islam").
Kisah yang diceritakan oleh ustaz di atas ada kaitan dengan pengisian kuliah yang akan disampaikannya. Pengajian kitab sambungan di muka surat 33 iaitu mengukuhkan keyakinan beragama. Keyakinan terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam dalam semua aspek yang diperlukan oleh manusia. Keimanan dan keyakinan yang sangat tinggi terhadap kesempurnaan Islam bukan sahaja tinggi dilihat dari aspek kerohanian malah Islam merupakan sistem yang dapat mengatur dan menyusun urusan keduniaan.
Kitab AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH hasil susunan YM Tuan Haji Said Ibrahim, mantan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
![]() |
"Captain Son Jin-gu from Zaitoon Unit recites an oath at ceremony to mark his conversion to Islam at a mosque in Hannam-dong, Seoul on Friday". |
Kisah yang diceritakan oleh ustaz di atas ada kaitan dengan pengisian kuliah yang akan disampaikannya. Pengajian kitab sambungan di muka surat 33 iaitu mengukuhkan keyakinan beragama. Keyakinan terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam dalam semua aspek yang diperlukan oleh manusia. Keimanan dan keyakinan yang sangat tinggi terhadap kesempurnaan Islam bukan sahaja tinggi dilihat dari aspek kerohanian malah Islam merupakan sistem yang dapat mengatur dan menyusun urusan keduniaan.
Sunday, October 16, 2011
Tafsir Surah Juzuk 30
Kuliah Maghrib (15-10-2011)
Ustaz Mohd Fadhli Ismail
Surah 102: AT-TAKAATHUR
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), (1)
Sehingga kamu masuk kubur. (2)
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3)
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4)
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)
(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6)
Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!(7)
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)
Huraian daripda ustaz.
Apakah itu harta? Berkaitan dengan Harta sebenar yang kita punyai/
Ustaz Mohd Fadhli Ismail
Surah 102: AT-TAKAATHUR
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), (1)
Sehingga kamu masuk kubur. (2)
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3)
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4)
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)
(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6)
Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!(7)
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)
Huraian daripda ustaz.
Apakah itu harta? Berkaitan dengan Harta sebenar yang kita punyai/
- Apa yang kamu makan sehingga habis.
- Pakaian yang dipakai sehingga lusuh dan
- Apa yang disedekah sehingga kebaikannya terus mengalir.
Saturday, October 8, 2011
40 hadis Peristiwa Akhir Zaman
Kuliah Maghrib (Jumaat - 7.10.11)
Ustaz Ahmad Shukri Ismail
Buku "40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman" susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, menyebut petanda-petanda kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan. Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa.
Hadis ke 8
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU (H.R.HAKIM)
Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah
Ustaz Ahmad Shukri Ismail
Buku "40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman" susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, menyebut petanda-petanda kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan. Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa.
Hadis ke 8
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU (H.R.HAKIM)
Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah
- terlalu banyak seronok
- terlalu mewah
- menghimpun harta sebanyak mungkin
- tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
- saling memarahi
- hasud menghasud sehingga zalim menzalim
Sunday, October 2, 2011
Jadual Kuliah Oktober/Dzulka'edah 1432
HARI | H | KULIAH | PENCERAMAH | KITAB / TOPIK | |
1 | Sabtu | 3 | Subuh | Ust Hadi Talha | Makhluk halus & gangguannya |
Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah | |||
2 | Ahad | 4 | Subuh | Ust Surizal A. Rahim* | Penawar bagi Hati |
Maghrib | Ust Zukifli Shaari | Umum | |||
3 | Isnin | 5 | Maghrib | Ust Ziaul Haq | Mauizatul Mukminin |
4 | Selasa | 6 | Maghrib | Ust Musa Baharuddin | Tarbiyah Aulad Fil Islam |
5 | Rabu | 7 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah Tauhid |
6 | Khamis | 8 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Bacaan Yasin |
7 | Jumaat | 9 | Khutbah | Ust Nazeri Mustapha | |
Maghrib | Ust Ahmad Shukri Ismail | 40 Petanda Akhir Zaman | |||
8 | Sabtu | 10 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Adab Sopan dalam Islam |
Maghrib | Ust Mohd. Ghhoffur | Hadis 40 Imam Nawawi | |||
9 | Ahad | 11 | Subuh | Ust Musa Baharuddin | Tarbiyah Aulad Fil Islam |
9.00pg | Dhuha | Ust Yusof Embong | Kuliah Dhuha Bulanan | ||
Maghrib | Ust Abu Dzar Mamat | Tafsir Al-Munir | |||
10 | Isnin | 12 | Maghrib | Ust Ahmad Subki Osman | Tajwid Al-Qur'an |
11 | Selasa | 13 | Maghrib | Ust Fazlul Rahimi | Bidayatul Hidayah |
12 | Rabu | 14 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha** | Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie |
13 | Khamis | 15 | Maghrib | Ust Mohd Ghhoffur | -Bacaan Ya'sin |
14 | Jumaat | 16 | Khutbah | Ust Mohd Ghhoffur | |
Maghrib | Ust - | - | |||
15 | Sabtu | 17 | Subuh | Ust Imran Al Malizi | Minhajul Abidin |
Maghrib | Ust M Fadli Ismail | Tafsir Surah Juzuk 30 | |||
16 | Ahad | 18 | Subuh | Ust Ibrahim Zakaria | Umum |
Maghrib | Ust Farhan Sood | Aqidah Ahlussunnah | |||
17 | Isnin | 19 | Maghrib | Ust M. Rashdan Yunus | - |
18 | Selasa | 20 | Maghrib | Ust Mohd Ghaffor | Riyadhussolihin |
19 | Rabu | 21 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah Tauhid |
20 | Khamis | 22 | Maghrib | Bacaan Yaasin | Ust Mohd Ghhoffur Daud |
21 | Jumaat | 23 | Khutubah | Ust Fazlul Rahimi | |
Maghrib | Ust Shukri Harun | Tafsir Surah Al-Insan | |||
22 | Sabtu | 24 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Adab Sopan dalam Islam |
Maghrib | Ust Nazeri Mustapha** | Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah | |||
23 | Ahad | 25 | Subuh | Ust Abu Zar Mamat | Tafsir Al-Munir |
Maghrib | Ust Shamsul Hakim | Rahiqul Makhtum | |||
24 | Isnin | 26 | Maghrib | Ust Ahmad Subki | Tajwid Al-Qur'an |
25 | Selasa | 27 | Maghrib | Ust Shaari Che In | Munyatul Musolli |
26 | Rabu | 28 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie |
27 | Khamis | 29 | Maghrib | Bacaan Yaasin | |
28 | Jumaat | 30 | Khutbah | Ust- | - |
Maghrib | Ust M Razi Asror | Hidayatul Salikin | |||
29 | Sabtu | 1 | Subuh | Ust Pauzi Abd Kadir | Tafsir Sya'rawi |
Maghrib | - | - | |||
30 | Ahad | 2 | Subuh | Ust Idris Ahmad | Umum |
Maghrib | Ust Farhan Sood | Aqidah Ahlus Sunnah |
* - Kuliah dibatalkan
** - Ust Nazeri mengerjakan Haji
Saturday, October 1, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Sunday, September 25, 2011
Friday, September 23, 2011
Tahfiz Al-Fadhni

Ada dua syarat dalam Agama; pertama meninggalkan maksiat yang ditegah dan kedua melakukan ketaatan kepada Allah.
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Surah Yasin, ayat 65). Ustaz menjelaskan tentang ayat ini yang juga digunakan dalam rawatan Islam sebagai ayat ruqyah.
Di akhir kuliah Ustaz telah memberi sedikit info mengenai perkembangan Tahfiz Al-Fadhni dimana ustaz juga menguar-uarkan laman web sekolah tahfiz ini iaitu di www.alfadhni.com
Saturday, September 17, 2011
Friday, September 16, 2011
Masjid Pasca Ramadhan

Masjid kembali kepada fitrah iaitu kembali seperti sebelum bulan Ramadhan. Maksudnya masjid surau kembali lengang semula setelah selesai Ramadhan.
Inilah di antara topik yang di ulas dan dibincangkan termasuklah ciri-ciri mereka yang mengurus dan bertanggung jawab ke atas masjid. Ustaz merujuk kepada Surah AT-TAUBAH, Ayat ke-18; "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."
Ayat ini dijadikan sebagai panduan bagi melantik ahli jawatankuasa masjid. Diakhirnya ustaz menyarankan hidupkan masjid dengan majlis-malis ilmu dan manfaatkan khutbah Jumaat.
Sila klik pada link berikut unuk mendengar sedutan bicara Ustaz yang sempat dirakam.
Surah At-Tawbah Ayat ke 18:
Saturday, September 10, 2011
Jadual Kuliah September/Syawal 1432
HARI | H | KULIAH | PENCERAMAH | KITAB / TOPIK | |
1 | Khamis | 3 | Maghrib | - | Bacaan Ya'sin |
2 | Jumaat | 4 | Khutbah | Ust Hanif Abd Latif | - |
Maghrib | - | - cuti raya | |||
3 | Sabtu | 5 | Subuh | - | - cuti raya |
Maghrib | - | - | |||
4 | Ahad | 6 | Subuh | - | - |
Maghrib | - | - | |||
5 | Isnin | 7 | Maghrib | Ust M. Rashdan Yunus | Umum |
6 | Selasa | 8 | Maghrib | Solat Hajat UPSR | Sek. Keb. Taman Kosas |
7 | Rabu | 9 | Maghrib | Ust Zukkifli Shaari | Umum |
8 | Khamis | 10 | Maghrib | Bacaan Ya'sin/Solat | Anjuran Amanah Ikhtiar M'sia |
9 | Jumaat | 11 | Khutbah | Ust Nazeri Mustapha | |
Maghrib | Ust M. Razi Asror | Hidayatul Salikin | |||
10 | Sabtu | 12 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Adad Sopan dalam Islam |
Maghrib | Ust Md Lofti Ariffin | Umum | |||
11 | Ahad | 13 | Subuh | Ust Musa Baharuddin* | Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man |
9.00 | Dhuha | Ust Ziaul Haq | Kuliah Dhuha Bulanan | ||
Maghrib | Ust Safawi Syazili | Umum | |||
12 | Isnin | 14 | Maghrib | Ust Ahmad Subki | Tajwid Al-Quran |
13 | Selasa | 15 | Maghrib | Ust Fazlul Rahimi | Bidayatul Hidayah |
14 | Rabu | 16 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Fiqh Al Manhaji Mazhab Shafie |
15 | Khamis | 17 | Maghrib | Ust M Ghhaffor Daud | Bacaan Ya'sin |
16 | Jumaat | 18 | Khutbah | Ust M Ghhoffur Daud | |
Maghrib | Tafsir Surah Al-Insan | ||||
17 | Sabtu | 19 | Subuh | Ust ImranAl-Malizi | Minhajul Abidin |
Maghrib | Ust M Fadli Ismail | Tafsir Surah Juzuk 30 | |||
18 | Ahad | 20 | Subuh | Ust Farhan Abdullah* | Umum |
Maghrib | Aqidah Ahlussunnah | ||||
19 | Isnin | 21 | Maghrib | Ust M. Rashdan Yunus | - |
20 | Selasa | 22 | Maghrib | Ust Mohd Ghhoffur | Riadhus-Salihin |
21 | Rabu | 23 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah Tauhid |
22 | Khamis | 24 | Maghrib | Bacaan Ya'sin | Hj Ismail |
23 | Jumaat | 25 | Khutbah | Ust Fazlul Rahimi | |
Maghrib | Ust M. Razi Asror | Hidayatul Salikin | |||
24 | Sabtu | 26 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Adab Sopan dalam Islam |
Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah | |||
25 | Ahad | 27 | Subuh | Ust Abu Zar Mamat | Umum |
Maghrib | Ust Shamsul Hakim | Rahiqul Makhtum | |||
26 | Isnin | 28 | Maghrib | Ust Ahmad Subki | Tajwid Al-Qur'an |
27 | Selasa | 29 | Maghrib | Ust Imran Al-Malizi | Umum |
28 | Rabu | 30 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie |
29 | Khamis | 1 | Maghrib | Ust Musa Baharuddin | Muizatul Mukminin |
30 | Jumaat | 2 | Khutbah | Ust Nazeri Mustapha | |
Maghrib | Ust Imran Al Malizi |
Subscribe to:
Posts (Atom)